All pictures & stories credit to the right owner. It's not mine. I'm just sharing it with you.

Thursday, October 14, 2010

Koo/Chin lakar sejarah

PASANGAN beregu campuran negara, Koo Kien Keat-Chin Ee Hui melakar sejarah apabila muncul gandingan pertama merangkul pingat emas acara itu sepanjang sejarah penganjuran Sukan Komanwel, semalam.

Kombinasi Kien Keat-Ee Hui mengambil masa 36 minit untuk menewaskan pilihan pertama dari England, Nathan Robertson-Jenny Wallwork 22-20, 21-12 untuk mencipta sejarah sebagai beregu campuran pertama memenangi pingat emas di Sukan Komanwel.


Kombinasi ini bagaimanapun tak kekal. Ee Hui berkata, gandingannya dengan Kien Keat hanya untuk Sukan Komanwel sahaja.


“Saya akan hanya menyertai beregu wanita di Sukan Asia manakala Kien Keat pula saingan beregu lelaki. Kami tak mungkin digandingkan lagi untuk tempoh terdekat,” katanya.


Mengimbau perlawanan semalam, Ee Hui mengaku gugup terutama pada set pertama.


“Saya terlalu gopoh di set pertama hingga melakukan banyak kesilapan dan membenarkan lawan mengutip mata demi mata. Namun, di set kedua, saya lebih sabar dan meminimumkan kesalahan sekali gus membantu kami menewaskan lawan dengan mudah,” katanya lagi.


Dalam acara beregu lelaki, Kien Keat dan Tan Boo Heong merangkul emas selepas mudah menjinakkan gandingan England, Robertson dan Anthony Clark 21-19, 21-14 dalam tempoh 37 minit. Kien Keat kini menjadi atlet paling banyak memenangi pingat emas Sukan Komanwel. Selepas memenangi dua pingat emas di Sukan Komanwel Melbourne empat tahun lalu, dia menyumbangkan pingat emas melalui acara berpasukan campuran, beregu campuran dan yang terakhir berganding dengan Tan Boon Heong untuk pingat emas beregu lelaki.


Mereka mudah menewaskan gandingan England, Kien Keat bagaimanapun enggan mendabik dada terhadap kejayaannya merangkul emas kelimanya, semalam.


“Kami boleh dianggap menang mudah di sini. Satu-satunya cabaran yang dihadapi ialah daripada pasangan England di final. Saya gembira kerana berjaya menyumbangkan pingat buat kontinjen negara,” katanya.


Kini, Kien Keat bakal cuba mempertahankan pingat emas Sukan Asia dimenanginya empat tahun lalu. Tugas itu bagaimanapun tidak semudah Sukan Komanwel.


sumber : www.hmetro.com.my

0 comments:

Post a Comment

free counters

My Blog List

Archive

Labels

 

sharing is caring | Creative Commons Attribution- Noncommercial License | Dandy Dandilion Designed by Simply Fabulous Blogger Templates