All pictures & stories credit to the right owner. It's not mine. I'm just sharing it with you.

Sunday, October 17, 2010

Industri takaful perlu lebih kreatif

KUALA LUMPUR 17 Okt. - Pemain industri takaful dan insurans tempatan perlu lebih kreatif bagi menghadapi cabaran persaingan, kata Persatuan Insurans Kebangsaan Malaysia (NIAM).

Pengerusinya, Koh Heng Kong berkata, ia perlu berikutan langkah Bank Negara Malaysia (BNM) meluluskan empat lesen takaful baru akan menambahkan persaingan antara pemain industri itu.

''Pemain industri kini tidak boleh lagi merasa selesa dengan pencapaian yang dimiliki pada ketika ini, kerana lebih banyak cabaran besar akan datang pada masa hadapan.

''Mereka perlu mencabar pemikiran konvensional dan meneroka idea-idea serta peluang-peluang baru sekiranya ingin kekal maju,'' katanya.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri Konvensyen Bijak Malaysia Kedua, di Hong Kong baru-baru ini.

Tambah Heng Kong, bagi NIAM sendiri, mereka akan terus menyediakan sokongan kepada ahli-ahli yang melibatkan penjagaan kepentingan orang ramai.

''Selain itu, objektif NIAM juga adalah menambah baik tahap profesionalisme antara pemain insurans dan kami telah melakukan beberapa inisiatif.

''Sepanjang 2010, kami telah melancarkan lapan kursus latihan dan dua lagi akan dijalankan pada bulan Oktober ini. Latihan tersebut meliputi membina pasukan serta kepimpinan dan pengurusan efektif,'' jelasnya.

Bergerak ke hadapan, NIAM akan terus memperkenalkan beberapa produk baru yang dijangka menerima sambutan orang ramai.

Heng Kong berkata, kini pihaknya sedang merancang untuk memperkenalkan Skim Perubatan Diperbaharui Terjamin Malaysia dan Ceria Malaysia.


sumber : www.utusan.com.my

0 comments:

Post a Comment

free counters

My Blog List

Archive

Labels

 

sharing is caring | Creative Commons Attribution- Noncommercial License | Dandy Dandilion Designed by Simply Fabulous Blogger Templates