All pictures & stories credit to the right owner. It's not mine. I'm just sharing it with you.

Sunday, October 3, 2010

Doktor puas hati kesihatan Dr. M

KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad memberi respons yang baik terhadap rawatan di Hospital Epworth, Melbourne, Australia, tempat beliau dirawat sejak Sabtu lalu selepas mengalami jangkitan kuman pada saluran pernafasan.

Pegawai Khas Dr. Mahathir, Sufi Yusof memberitahu, doktor berpuas hati dengan perkembangan kesihatan Dr. Mahathir, 85, dan beliau memberikan tindak balas yang baik terhadap rawatan antibiotik dan fisioterapi yang diberikan.

“Pagi ini (semalam), anak Tun, (Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri) Datuk Mukhriz datang melawat beliau dan sempat bersarapan pagi bersama ibunya, Tun Dr. Siti Hasmah Mohd. Ali di hospital.

“Doktor juga menasihatkan Tun supaya banyak berehat dan beliau akan terus berada dalam perhatian doktor di wad biasa untuk beberapa hari lagi,” katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pejabat bekas perdana menteri itu di sini semalam.


sumber : www.kosmo.com.my

0 comments:

Post a Comment

free counters

My Blog List

Archive

Labels

 

sharing is caring | Creative Commons Attribution- Noncommercial License | Dandy Dandilion Designed by Simply Fabulous Blogger Templates