All pictures & stories credit to the right owner. It's not mine. I'm just sharing it with you.

Sunday, October 17, 2010

Cradle puji Bajet 2011

CRADLE Fund Sdn Bhd memuji langkah positif Bajet 2011 yang dikatakan memberi saluran pengkomersialan khusus dalam bidang teknologi membantu syarikat tempatan yang mempunyai idea inovatif.

Ketua Eksekutif Cradle, Nazrin Hassan berkata, pihaknya beranggapan ia bajet yang memupuk persekitaran keusahawanan yang sihat. “Program Latihan Peningkatan Keusahawanan (EETP) menempatkan lanjutan program sedia ada bertujuan membangun dan meningkatkan kemahiran kepemimpinan keusahawanan,” kataya. Beliau berkata, EETP memberi penekanan khusus pada penciptaan yang mempertahankan pertumbuhan tinggi syarikat teknologi yang pada akhirnya membantu pembangunan mereka secara serantau atau bahkan global. “Salah satu halangan utama kepada pengusaha teknologi adalah kecenderungan teknologi agresif, tapi perniagaannya tidak cukup cerdas, ia mengakibatkan kegagalan mereka mendapatkan dana, khususnya pembiayaan modal teroka,” katanya.


Katanya, Cradle peka terhadap perubahan dalam mekanisme pasaran dan konsisten untuk mencari kaedah untuk mencipta ekosistem keusahawanan yang produktif.


sumber : www.hmetro.com.my

0 comments:

Post a Comment

free counters

My Blog List

Archive

Labels

 

sharing is caring | Creative Commons Attribution- Noncommercial License | Dandy Dandilion Designed by Simply Fabulous Blogger Templates