All pictures & stories credit to the right owner. It's not mine. I'm just sharing it with you.

Sunday, October 3, 2010

Aidil mahu bincang terlebih dulu hal rumah tangga

KUALA LUMPUR: Pemain bola sepak kebangsaan, Mohd Aidil Zafuan Abdul Razak, 23, mahu berbincang terlebih dulu dengan keluarganya berhubung keadaan rumah tangganya yang dikatakan mulai goyah ketika ini.

Aidil Zafuan berkata, beliau masih belum membaca laporan akhbar dibuat isterinya, Rita Rudaini Mokhtar, 34, kerana kesibukan tugas yang digalasnya di dalam dan luar negara.

“Saya baru tiba dari Vietnam untuk perlawanan Piala Millenium Thang Long dan saya tidak mengetahui mengenai cerita ini dan akan melihat laporan akhbar yang dibuat oleh Rita sebelum berbincang dengan keluarga saya.
“Malam ini (semalam) saya ada perlawanan di Seremban dan keesokannya pula, saya akan berada di Singapura selama dua hari...jadi, saya perlukan masa,” katanya ketika dihubungi sejurus tiba dari Vietnam, semalam.

Aidil Zafuan yang tidak mahu mengulas lanjut mengenai perkahwinannya itu berkata, beliau akan membuat kenyataan sebaik saja mengadakan perbincangan dengan keluarganya dalam tempoh terdekat ini.

Kelmarin, Berita Harian menyiarkan kenyataan Rita mendakwa rumah tangganya bersama Aidil yang dibina atas dasar cinta, mulai goyah disebabkan campur tangan individu tertentu, terutama keluarga mentuanya.

Pasangan itu mencetuskan kontroversi apabila bernikah secara rahsia di Songkhla, Thailand pada 25 Februari 2008 kerana dikatakan tidak mendapat restu keluarga suaminya.
Hasil daripada perkahwinan lebih dua tahun itu, Aidil Zafuan dan Rita dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Airit Rayyan Rizkin yang kini berusia setahun tiga bulan.

sumber : www.bharian.com.my

0 comments:

Post a Comment

My Blog List

Archive

Labels

 

sharing is caring | Creative Commons Attribution- Noncommercial License | Dandy Dandilion Designed by Simply Fabulous Blogger Templates