All pictures & stories credit to the right owner. It's not mine. I'm just sharing it with you.

Wednesday, September 15, 2010

Pembunuhan kejam Sosilawati: Nash sebak temui ibu pemandu peribadi Sosilawati

NASH tidak dapat menahan sebak sambil memegang   Zainab   sambil diperhatikan   Maznah   dan anak Allahyarham Kamaruddin, Irfan Aiman, 8, ketika ditemui di Indera Mahkota, Kuantan semalam.
NASH tidak dapat menahan sebak sambil memegang Zainab sambil diperhatikan Maznah dan anak Allahyarham Kamaruddin, Irfan Aiman, 8, ketika ditemui di Indera Mahkota, Kuantan semalam.
KUANTAN: Suasana sedih menyelubungi rumah keluarga pemandu peribadi kepada jutawan kosmetik, Kamaruddin Shansuddin, 44, apabila penyanyi terkenal Nasharudin Elias atau Nash yang tiba di sini, terus menerpa dan memeluk ibu Kamaruddin, Zainab Ahmad, 73, sambil menitiskan air mata.

Nash yang juga bekas suami pengasas Nouvelle Visages, Datuk Sosilawati Lawiya, 47, kelihatan cukup hiba dan beberapa kali mengesat air mata sambil memeluk Zainab selama hampir lima minit.

Zainab yang kelihatan tenang dan mendiamkan diri sepanjang pertemuan dengan Timbalan Menteri Sumber Manusia yang juga Exco Wanita UMNO Malaysia, Datuk Maznah Mazlan, Ketua UMNO Bahagian Indera Mahkota, Mohd Hazmi Yusuf dan Ketua Wanita UMNO Bahagian Indera Mahkota Datuk Ramlah Kasim, gagal mengawal perasaan dan menangis sambil mendakap erat Nash.
Nash ditemani rakannya, Mohd Ali Ismail atau dikenali Ali Terra Rosa tiba pada kira-kira jam 5 petang dari Kuala Lumpur menghabiskan masa hampir 15 minit menenangkan Zainab yang terlalu sedih dengan kejadian menimpa Kamaruddin.

Ketika ditemui, Nash mengakui pemergian Kamaruddin adalah tamparan hebat kepadanya yang mengenali pemandu peribadi itu sejak lebih 25 tahun lalu.

Beliau berkata, hubungan itu terjalin sebelum Kamarudin berkahwin dan bekerja sebagai jurutera bunyi di King Studio di Kuala Lumpur.

“Saya tidak menyangka, persahabatan kami berakhir dengan pemergiannya yang penuh tragis. Selama lebih 25 tahun mengenalinya, hubungan kami cukup rapat seperti adik beradik, malah saya menganggap ibunya seperti ibu kandung sendiri,” katanya kepada pemberita selepas melawat Zainab dan anggota keluarganya di Indera Mahkota 2, semalam.
Katanya, Kamaruddin banyak membantunya dalam kerja muzik terutama sistem bunyi sama ada di studio atau konsert ketika dia bersama kumpulan Lefthanded dulu.

Nash juga pernah menjaga dua anak Kamaruddin ketika mereka tinggal di Shah Alam dan menghantar seorang daripada anaknya ke sekolah di situ selama setahun.

sumber : www.bharian.com.my

0 comments:

Post a Comment

free counters

My Blog List

Archive

Labels

 

sharing is caring | Creative Commons Attribution- Noncommercial License | Dandy Dandilion Designed by Simply Fabulous Blogger Templates