All pictures & stories credit to the right owner. It's not mine. I'm just sharing it with you.

Wednesday, September 22, 2010

Paris Hilton batal lawat Malaysia



Paris Hilton

KUALA LUMPUR - Selebriti Amerika Syarikat, Paris Hilton telah membatalkan rancangan untuk melawat Malaysia hari ini selepas dilarang memasuki Jepun semalam.

Aktres dan penyanyi berusia 29 tahun itu dalam laman Twitternya berkata, beliau berlepas pulang selepas pihak berkuasa Jepun menahannya daripada melawat negara itu ekoran menghadapi pertuduhan memiliki dadah di Las Vegas.

"Saya sudah hendak berlepas. Balik ke rumah sekarang. Sangat kecewa kerana terlepas peluang untuk menemui peminat di Asia. Saya berjanji akan datang semula tidak lama lagi. Saya sayang anda semua! Sayang, Paris,'' kata beliau dalam laman Twitternya sebelum berlepas dari Jepun.

Di Kuala Lumpur, beliau dijadual melancarkan pewangi terbarunya yang diberi nama Tease dan beg tangan Paris Hilton koleksi musim gugur/sejuk 2010 di Pavilion Kuala Lumpur.

Tokyo merupakan perhentian pertama beliau dalam rancangan jelajah Asia dan aktres itu dijadual melawat Kuala Lumpur dan akan merasmikan pembukaan butiknya di Jakarta.

sumber : bernama

0 comments:

Post a Comment

My Blog List

Archive

Labels

 

sharing is caring | Creative Commons Attribution- Noncommercial License | Dandy Dandilion Designed by Simply Fabulous Blogger Templates