All pictures & stories credit to the right owner. It's not mine. I'm just sharing it with you.

Wednesday, September 15, 2010

Konsert Percuma Siti Nurhaliza di Pulau Pinang

Penyanyi nombor satu negara, Dato’ Siti Nurhaliza bakal muncul dalam sebuah konsert yang akan berlangsung sempena Hari Malaysia, di Pulau Pinang. Konsert itu yang dibiayai sepenuhnya oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan ditaja pelbagai syarikat swasta akan bermula pada pukul 8 malam.

Konsert percuma itu akan diadakan di Stadium Bandaraya Pulau Pinang pada 25 September 2010 dan ianya terbuka kepada semua rakyat. Konsert itu akan turut diserikan dengan kehadiran Yang DiPertua Negeri Pulau Pinang Tun Abdul Rahman Abas.

Ketua Menteri Lim Guan Eng berkata, “25 September ini merupakan malam untuk diingati bersama penyanyi kesayangan Malaysia, Dato’ Siti Nurhaliza di sini sempena Sambutan Hari Malaysia dan Kerajaan Negeri Pulau Pinang mahu meraikannya secara lebih bermakna dengan adanya acara seumpamanya.”

Di konsert tersebut, Siti dijangka menyampaikan lagu-lagu popularnya antaranya Biarlah Rahsia, Cindai, Nirmala dan banyak lagi. Bagi peminat yang ingin menyaksikan konsert itu mereka hanya perlu membeli sebotol air mineral Island Spring Water yang dihasilkan Perbadanan Air Pulau Pinang (PBAPP) setiap seorang yang akan dijual pada harga RM1 sebotol.


sumber : www.gua.com.my

0 comments:

Post a Comment

free counters

My Blog List

Archive

Labels

 

sharing is caring | Creative Commons Attribution- Noncommercial License | Dandy Dandilion Designed by Simply Fabulous Blogger Templates