All pictures & stories credit to the right owner. It's not mine. I'm just sharing it with you.

Friday, September 17, 2010

The Amazing Race Musim Ke-4 Lebih Menarik

Pasangan dari Malaysia, Ethan (kiri) dan Khairie berjaya memenangi episod pertama The Amazing race Asia.

PROGRAM realiti televisyen The Amazing Race (Tara) kini masuk ke musim keempat dengan menghidangkan aksi-aksi lebih menarik dan akan mula ditayangkan pada 23 September ini.

Buat pertama kalinya, peminat-pemainat Tara musim ini boleh melayari internet untuk melihat aksi-aksi peserta yang bertanding secara online di www.axn-asia.com/tara bermula 16 September, seminggu sebelum tayangan di kaca televisyen.

Jika musim lalu, tema Toughest Race Ever menjadi petunjuk kepada peserta- bagi menyelesaikan setiap kata kunci yang diberi, namun tahun ini tema yang santai dan lebih menjuruskan kepada aksi kelakar disediakan.

Ride of a Lifetime menjadi tema musim ini dengan menyaksikan sepuluh pasukan bertanding merebut hadiah utama bernilai USD100,000 dan pastinya Allan Wu masih setia bersama sebagai pengacara utama.

Antara pasangan yang terpilih musim ini termasuk dua pasangan dari Malaysia, Ivan Evetovics dan Tengku Hilda Tengku Aman, Lim Kok Hon (Ethan) dan Mohd Khairie Apirin, manakala pasangan dari India termasuk Sunaina Gulia dan Dimple Inamdar serta Sahil Banga dan Manas Katya.

Wakil dari Indonesia pula terdiri daripada pasangan anak dan bapa, Natasha Sutadisatra dan Hussien Baron. Satu lagi pasangan yang merupakan kawan baik ialah Nadine Zamira dan Hilya Hidranto.

Sementara itu, peserta Filipina terdiri daripada Jacinca James dan Lani Pilinger manakala satu lagi pasangan melibatkan pemain bola keranjang serta pelakon, Richard Hardin dan Richard Herrera.

Peserta dari Singapura pula diwakili Claire Goh dan Rebel Pals serta pelakon, Alan Luk dan Wendy Lee.

Selain itu pasangan dari Malaysia Ethan dan Khairie berjaya menjadi pemenang bagi episod pertama Tara dan menjadikan saingan selepas ini semakin sengit.

“Kami sememangnya teruja apabila berjaya menjadi pemenang bagi episod satu. Biarpun ramai pasukan lain agak tidak berpuas hati memandangkan episod ini dilakukan di Malaysia, namun bagi saya ia tetap mencabar.

“Selepas episod pertama tamat barulah saya sedar bahawa cabaran yang diberikan bukan mudah. Ia memerlukan kekuatan mental dan fizikal,” kata Khairie kepada mStar Online.

Sementara itu, Ethan berkata saingan sememangnya sengit lebih-lebih lagi apabila mereka telah bergelar pemenang pertama.

“Di sinilah baru dapat lihat situasi sebenar, yang mana kawan dan lawan. Apa yang penting ketika perlumbaan ini berlangsung, kami hanya fokus untuk menamatkan cabaran yang diberi,” katanya.


sumber : www.mstar.com.my

0 comments:

Post a Comment

My Blog List

Archive

Labels

 

sharing is caring | Creative Commons Attribution- Noncommercial License | Dandy Dandilion Designed by Simply Fabulous Blogger Templates