All pictures & stories credit to the right owner. It's not mine. I'm just sharing it with you.

Tuesday, September 7, 2010

Ahli falak yakin raya hari Jumaat

KUALA LUMPUR - Berdasarkan data dan kajian ahli falak, Hari Raya Aidilfitri tahun ini kemungkinan besar disambut pada Jumaat ini.

Bagaimanapun, ia bergantung kepada perkenan Majlis Raja-Raja.

Ketua Penolong Pengarah Cawangan Falak, Bahagian Penerangan dan Penyelidikan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Che Alias Che Ismail berkata, andaian itu dibuat kerana penentuan awal Syawal 1431H menggunakan kaedah rukyah (cerapan) dan hisab berpandukan kriteria imkanur rukyah (kebolehnampakan).

"Berdasarkan faktor itu kemungkinan anak bulan tidak akan nampak berdasarkan data yang telah dibuat sebelum ini oleh ahli-ahli falak,'' jelasnya ketika dihubungi di sini semalam.

Beliau menganggap dakwaan bahawa Aidilfitri akan disambut hari Khamis sebagai tidak berasas dan dilakukan oleh pihak tertentu untuk tujuan kepentingan seperti melariskan perniagaan.

"Mungkin dakwaan raya hari Khamis ini dibuat secara suka-suka tetapi lama kelamaan dipercayai oleh orang lain pula," ujarnya.

sumber : www.kosmo.com.my

0 comments:

Post a Comment

free counters

My Blog List

Archive

Labels

 

sharing is caring | Creative Commons Attribution- Noncommercial License | Dandy Dandilion Designed by Simply Fabulous Blogger Templates