All pictures & stories credit to the right owner. It's not mine. I'm just sharing it with you.

Monday, September 6, 2010

Ada pihak sengaja mahu KL-Jakarta berantakan

LEDANG: Malaysia dan Indonesia sengaja dilaga-lagakan oleh pihak tertentu yang bimbang kedua-dua negara itu boleh menjadi kuasa berpengaruh di rantau ini, kata Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mukhriz Mahathir.

Katanya, pihak terbabit bertindak mengadu domba untuk menyekat kemajuan pesat Malaysia yang semakin menghampiri matlamat untuk menjadi sebuah negara maju dalam 10 tahun lagi.

Memanglah, jika kita baca laporan akhbar mengenai tindakan mereka, kita naik panas tetapi kita kena sabar dengan tindakan ini, katanya ketika berucap pada majlis berbuka puasa dan penyampaian bantuan kepada fakir miskin dan anak yatim anjuran Pemuda Umno Bahagian Ledang di Masjid Datuk Abdul Ghani malam semalam.

Mukhriz berkata, demonstrasi anti Malaysia di Indonesia dilakukan oleh satu kumpulan yang tidak menggambarkan pendirian keseluruhan rakyat Indonesia.

Beliau turut membidas tindakan pembangkang yang sanggup memburuk-burukkan imej Malaysia di luar negara semata-mata kerana mahu berkuasa.

Katanya, ini berbeza dengan anggota pembangkang negara lain yang sayang pada negara sendiri.

Mereka gambarkan pemerintah Malaysia seperti Taliban, sistem kehakiman tidak telus dan rasuah, polis digambarkan begitu buruk dengan menggunakan istilah yang begitu hina yang boleh menyebabkan ramai pelabur tak mahu melabur di negara ini, katanya.
Bagaimanapun, katanya, pelaburan asing di negara ini mencecah RM5.6 bilion pada tiga bulan pertama tahun ini iaitu bersamaan dengan keseluruhan pelaburan sepanjang tahun 2009.

Beliau yakin peningkatan jumlah pelaburan asing itu pada tahun ini akan lebih pesat lagi berikutan beberapa langkah termasuk usaha liberalisasi dasar pelaburan yang dilaksanakan kerajaan. BERNAMA

sumber : www.bharian.com.my

0 comments:

Post a Comment

free counters

My Blog List

Archive

Labels

 

sharing is caring | Creative Commons Attribution- Noncommercial License | Dandy Dandilion Designed by Simply Fabulous Blogger Templates