All pictures & stories credit to the right owner. It's not mine. I'm just sharing it with you.

Tuesday, August 31, 2010

Siti dinasihat kurang nyanyi

EMPAT tahun melayari bahtera perkahwinan mungkin satu tempoh singkat, tetapi bagi Datuk Siti Nurhaliza Tarudin, 31, pelbagai dugaan dilalui sejak disatukan dengan usahawan, Datuk Seri Khalid Muhd Jiwa pada 21 Ogos 2007.

Tahun pertama perkahwinan memberi ruang kepada pasa­ngan yang mempunyai beza usia 20 tahun ini untuk mengenali satu sama lain dengan lebih mendalam. Tahun kedua berjalan lancar, namun tahun ketiga menempuh cabaran dengan pelbagai gosip. Namun kata Siti, atas kepercayaan, keikhlasan, saling memahami dan bertolak ansur, semua itu dapat ditangani dengan baik dan kini tahun keempat, mereka mampu membuat perancangan untuk kehidupan yang lebih baik lagi.

“Pejam celik pejam celik, usia perkahwinan kami genap empat tahun, tapi Siti sedar masih jauh perjalanan yang harus kami tempuh bersama. Alhamdulillah, kehidupan kami dilimpahi kebahagiaan dan Siti bersyukur kerana suami menjaga Siti dengan baik, malah menjadi pembimbing dalam menjalani kehidupan seharian dan sekarang dalam perniagaan. “Siti anggap suami sebagai sifu yang banyak mengajar selok-belok dunia perniagaan yang masih baru bagi Siti. Sepanjang tempoh itu juga, kami melayari kehidupan dengan tenang,” kata penyanyi Sesuci Lebaran itu ketika ditemui pada majlis pelancaran produk terbaru SimplySiti dan sambutan ulang tahun keempat perkahwinan mereka, kelmarin.

Hadir sama meraikan detik manis itu, ibu dan mentuanya, Siti Salmah Bachik dan Siti Zainab Hanafi serta adik-beradiknya, Saiful Bahari, Siti Saida dan Siti Sairah, anak bongsu Datuk K, Muhammad Aazief serta kakak­nya, Datin Zaiton Muhd Jiwa.

Siti akui, setiap detik mengharapkan kehadiran cahaya mata yang menjadi penyeri rumah tangganya dengan suami, tetapi apakan daya sehingga kini belum dikurniakan Yang Maha Esa. Siti reda dengan ujian diberikan Allah kepadanya.

“Menimang anak antara perancangan masa depan kami dan Siti akan terus berusaha ke arah itu. Waktu sama, terus memohon doa kepada Allah. Siti juga sudah berjumpa doktor dan mengatakan tak ada masalah untuk hamil, cuma perlu banyak rehat dengan mengurangkan aktiviti menyanyi. “Itulah yang saya lakukan de­ngan memberikan lebih banyak tumpuan kepada perniagaan yang baru diusahakan. Apapun, mungkin ada rahmat dikurniakan anak lewat. Kalau awal, banyak perkara belum selesai dan mungkin susah untuk bahagikan masa lagi.

“Siti juga bersedia mengurang­kan aktiviti seni kalau itu yang diperlukan untuk mencapai impian menimang cahaya mata. Apabila sampai masanya, kalau Siti perlu korbankan kerjaya seni pun, Siti reda,” katanya. Mengenai hadiah suami sempena ulang tahun perkahwinan kali ini, kata Siti suami memberikan hadiah lebih awal dengan membawanya makan angin di London kemudian menunaikan umrah di Makkah, sebulan lalu.

“Memandangkan ulang tahun kali ini pada bulan Ramadan, kami raikan lebih dulu. Bagaimanapun pada hari itu (21 Ogos), suami tidak lupa menghadiahkan jambangan bunga dan habiskan masa bersama dengan berbuka puasa diikuti berjemaah solat Tarawih.

“Siti selalu mensyukuri kehidupan ini dan berharap tahun-tahun akan datang terus diberi kesempatan meraikan kegembiraan ini bersama hingga akhir hayat,” katanya.

Siti yang menggayakan dua pasang baju petang itu termasuk rekaan Datuk Bernard Chandran gembira kerana sekali lagi mendapat panggilan dari Yang Maha Esa menjadi tetamu-Nya di Makkah menjelang Syawal ini. Katanya, pemergian kali ini memang tidak dirancang kerana baru pulang mengerjakan umrah sebulan lalu. “Semua ini urusan-Nya. Siti sebenarnya suka pergi diam-diam, tapi nampaknya berita ini bukan rahsia lagi apabila dimaklumkan suami dalam ucapannya tadi. Insya-Allah, kami pergi ke sana pada pada 2 September (esok) iaitu pada 23 Ramadan dan berada di sana sehingga 28 Ramadan.

“Apabila pulang ke Malaysia, kami dijangka pulang ke Kedah untuk meraikan Aidilfitri bersama sanak saudara di kampung kelahiran suami. Malah, suami bercadang membawa emak ke sana bersama keluarga yang lain untuk sama-sama meraikan Aidilfitri. “Tapi tidak tahulah sebab emak lebih selesa menyambut 1 Syawal di Lipis, dapat menziarah kubur pada pagi raya kemudian mahu ke Kelantan ada majlis perkahwinan saudara. Selepas itu, kami akan beraya di Lipis pula,” katanya.

Untuk persiapan raya, kata Siti, dia dan mentua membuat persiapan bersama terutama juadah memandangkan tinggal bersama. Antara hidangan wajib pada pagi raya tentulah rendang dan ketupat manakala biskut pula, Siti membeli biskut seroja, tat nanas dan makmur. Untuk baju raya pula, Siti tempah tiga pasang baju daripada Riezman Ruzaini. Sementara itu, sempena menyambut Syawal ini, SimplySiti turut memperkenalkan koleksi terbaru, Gold Edition yang kini boleh didapati di pasaran yang menjadi ejen SimplySiti. Pada majlis itu, tetamu bertuah, Wawa, disolek Najib dengan koleksi terbaru itu. Kata Siti, produk pertama Simp­lySiti yang diperkenalkan April lalu mendapat sambutan cukup baik apabila kehabisan stok dalam tempoh lebih sebulan di pasaran. “Bekalan yang sepatutnya untuk tempoh empat bulan, habis hanya dalam tempoh sebulan menyebabkan ada masalah mendapatkan bekalan baru. Kini masalah itu dapat diatasi apabila stok baru sudah sampai. Untuk produk terbaru ini, kami terpaksa bawa sendiri dari Korea kerana tidak mahu lewat berada di pasaran.

“Ia edisi terhad khusus menyambut Syawal kerana ada tandatangan Siti, tapi selepas ini tidak ada tandatangan, tetapi bekas tetap bersalut emas. Warna-warna untuk koleksi ini adalah pilihan Siti sendiri hasil perbincangan bersama juru solek Nurul Shukor yang dilantik sebagai penasihat.

“Selepas ini, SimplySiti akan hasilkan produk penjagaan kulit (losyen) dan penjagaan badan dari hujung rambut hingga hujung kaki dengan kerjasama syarikat dari United Kingdom. Siti juga impikan sebuah kedai yang menjadi pusat bagi produk SimplySiti seperti jenama kecantikan sedia ada,” katanya.

sumber : www.hmetro.com.my

0 comments:

Post a Comment

free counters

My Blog List

Archive

Labels

sharing is caring | Creative Commons Attribution- Noncommercial License | Dandy Dandilion Designed by Simply Fabulous Blogger Templates