All pictures & stories credit to the right owner. It's not mine. I'm just sharing it with you.

Tuesday, August 31, 2010

Betty sedia botak kepala

HIDUP bergelar artis pada zaman ini tidak hanya bergantung pada satu sumber pendapatan saja.

Penyanyi, umpamanya, ada antara mereka menceburi bidang lakonan serta menjalankan perniagaan.


Bagi Betty Benafe, nyanyian dan lakonan bukan semata-mata fokus dalam meneruskan kehidupan. Dalam menambah pendapatan, dia turut membabitkan diri dalam perniagaan dengan membuka restoran.


Mungkin tidak ramai yang tahu, Betty kini mengusahakan restoran sendiri, Benafe Village yang beroperasi di Johor Bahru.


Katanya, perniagaan yang diusahakan sejak setahun lalu meraih sambutan ramai pengunjung.


“Restoran ini menampilkan konsep persembahan live band sebagai tarikan kepada pengunjung. “Pada setiap malam Isnin, pe ngunjung berpeluang mendengar muzik jazz manakala samrah pada malam Khamis.


“Di restoran ini, pengunjung bukan hanya menjamu selera dan menyaksikan persembahan berkenaan, tetapi mereka juga boleh berjoget atas karpet merah yang disediakan.


“Sebanyak 300 jenis sajian disediakan kepada pengunjung merangkumi masakan Melayu, Cina, Arab dan Padang, Indonesia. Semua masakan ini disediakan 15 tukang masak yang berpengalaman.


“Atas sambutan baik di JB, saya mempunyai perancangan membuka cawangan di Kuala Lumpur pada penghujung tahun ini,” katanya.


Demi menguruskan perniagaan, Betty menyatakan dia sanggup berulang alik dari KL ke JB pada setiap hujung minggu untuk memastikan segalanya berjalan lancar.


“Untuk memberi fokus pada perniagaan, saya berehat seketika daripada aktiviti seni. “Namun, saya masih ada satu telefilem yang belum ditayangkan iaitu Ampunkan Suamiku yang menyaksikan saya bergandingan bersama Iqram Dinzly.


“Dari aspek lakonan, saya puas dengan pengalaman yang ditimba termasuk berpeluang membintangi pementasan teater Uda & Dara, baru-baru ini.


“Saya sebenarnya tidak mahu lagi membawakan watak antagonis. Ketika awal berlakon dulu, saya banyak ditawarkan watak baik dan teringin pula dengan watak jahat.


“Namun, apabila sudah mendapat watak ini, tawaran yang lain juga sama. Paling meninggalkan kesan adalah drama Kejar arahan Badaruddin Azmi (Bade).


“Dalam drama itu, penonton begitu benci dengan saya kerana watak sebagai isteri ketiga yang merancang menipu isteri pertama dan kedua untuk membolot harta arwah suami,” katanya.

Betty berkata, sebolehnya dia mahu mencuba watak berbeza termasuk watak pelik seperti filem Hollwyood, Avatar, untuk menguji bakat lakon dalam diri.


“Saya juga tidak kisah jika watak itu memerlukan saya jadi botak. Apa yang penting, lakonan yang disampaikan mencetuskan penghayatan pada penonton.


“Sejak dulu, saya sebenarnya meminati aktiviti lasak seperti berkuda, melancong dan pada penghujung tahun lalu, saya aktif dengan sukan muay thai,” katanya.


sumber : www.hmetro.com.my

0 comments:

Post a Comment

free counters

My Blog List

Archive

Labels

 

sharing is caring | Creative Commons Attribution- Noncommercial License | Dandy Dandilion Designed by Simply Fabulous Blogger Templates