Belum reda kisah pasangan selebriti Rita Rudaini dengan pemain bola sepak kebangsaan, Aidil Zafuan Abdul Radzak, kini pergolakan rumah tangga 'pengantin baru' Jimmy Shanley, 30, dan Nursuhaila Eliani Datuk Suhaimy, 24, pula dikatakan sedang bergelora. Usia perkahwinan baru memasuki angka dua bulan tetapi rumah tangga pasangan itu dikatakan retak menanti belah apabila Nursuhaila yang juga anak kepada pengasas produk kecantikan Nastasya, Datin Muniroh Kasim, bertindak meninggalkan rumah. Jimmy yang dihubungi Sinar Harian semalam ternyata tidak menyangkal rumah tangganya sedang bergelora, namun menafikan isterinyameninggalkan rumah seperti yang didakwa. “Apa yang boleh saya katakan, setiap pasangan yang baru mendirikan rumah tangga, pasti ada pasang dan surutnya. Bagi saya, itu semua lumrah hidup pasangan yang baru berkahwin. “Saya hanya berserah. Itu yang boleh saya katakan buat masa ini. Agak sukar untuk saya ceritakan apa yang berlaku kerana hingga ke hari ini, saya sendiri masih kabur dengan kehidupan baru saya ini. “Maklum sahaja, baru 41 hari kami melayari bahtera perkahwinan. Inai pun masih merah di jari. Lagipun ini peringkat permulaan untuk mengenali hati budi masing-masing,” kata Jimmy yang kini sedang menetap bersama keluarga mentua. Bekas pengacara Trek Selebriti itu juga menjelaskan, hubungannya dengan keluarga mentua sangat baik, malah dia akan mula bekerja dengan syarikat mentuanya tidak lama lagi. “Kami memang rapat. Boleh dikatakan saya selalu keluar dengan mentua saya. Pergi pasar, membeli-belah dan banyak lagi kami lakukan bersama-sama. Saya seronok dengan kehidupan baru saya dan cukup bahagia. “Cuma saya tidak mahu cerita lebih-lebih kerana ini melibatkan keluarga. Berilah masa kepada kami. Yang pasti, saya berada di pihak yang benar. Jika tidak, pasti saya yang keluar dari rumah mentua. “Apa yang berlaku, saya lalui dengan tenang dan sentiasa senyum. Orang kata diam lebih elok, kan? Jadi itulah yang saya gunakan agar segala-galanya baik-baik sahaja,” kata Jimmy yang cuba melakukan yang terbaik demi mengekalkan keharmonian rumah tangganya. Sementara itu, isterinya, Suhaila gagal dihubungi bagi mendapatkan penjelasan mengenai perkara ini. Datin Muniroh Kasim pula enggan mengulas lanjut berhubung isu ini. sumber : www.sinarharian.com.my |
Friday, November 12, 2010
Rumah tangga Jimmy Shanley bergelora?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Popular Posts
- Gambar Siti Saerah, Adik Dato’ Siti Nurhaliza Kahwin
- Ashraf, Bunga dapat anak lelaki
- Ekin mohon bukti dimadu oleh Mawi
- Gambar Irma Hasmie Pakai tudung
- Jimmy sms kepada ibu mertua
- Farah AF2 tunang hari ini
- Keajaiban Besar Perkahwinan Raja Farah-Megat Bashirun
- Zizan raja lawak nafi cintai Diana
- Kashaf Imani Lakonan Hebat Beto Kusyairy & Sharifah Amani
- Gambar kahwin SM Nasarudin & Marion Counter
My Blog List
-
-
-
-
4 Top Hostels in Kuta and Seminyak, Bali5 years ago
-
Lima Belas Minit5 years ago
-
My Second Labor Story6 years ago
-
Nenek Bibah6 years ago
-
-
Another blank diary7 years ago
-
Dah besar dah7 years ago
-
-
-
oh. baru ku tahu erti rindu :)8 years ago
-
-
Blog Dah Bersawang9 years ago
-
-
-
Pasal Toujours Advanced Collagen Shots9 years ago
-
Terima Kasih Allah10 years ago
-
-
I HAVE MOVED10 years ago
-
2014!!!11 years ago
-
For your info !11 years ago
-
kontradiksi11 years ago
-
Ohh My Gas! Eskrim11 years ago
-
the pain is glory12 years ago
-
November dah datang. Yeayyyyy !13 years ago
-
Photoshoot majalah SANTAI13 years ago
-
-
-
-
-
-
-
-
-
0 comments:
Post a Comment