All pictures & stories credit to the right owner. It's not mine. I'm just sharing it with you.
Showing posts with label nona. Show all posts
Showing posts with label nona. Show all posts

Tuesday, January 25, 2011

Vanidah Jawap Kritikan Gagal Kendalikan 'Nona'

PETALING JAYA: Pengacara Nona, Vanidah Imran tidak mahu memikirkan pandangan atau kritikan orang ramai yang mempertikaikan kemampuannya dalam mengacarakan rancangan berbentuk majalah tersebut.

Jelas Vanidah, dia telah menjalankan tanggungjawabnya sebagai perantara rancangan diminati ramai itu dengan baik.

“Saya tidak pernah fikir fasal isu ini, saya hanya beri komitmen dan menjalankan tanggungjawab dengan sebaik mungkin.

“Setakat ini, maklum balas yang saya terima dari penonton adalah positif dan tak tahu pula jika ada yang tidak suka tentang cara saya,” katanya ketika dihubungi mStar Online, Selasa.

Bagaimanapun, Vanidah menganggap tindakan memperbandingkan dia dengan pengacara terdahulu iaitu Maya Karin sebagai lumrah dalam sesuatu perkara.

“Diperbandingkan antara pengacara baru dengan yang lama adalah adat dan lumrah. Mungkin saya masih terlalu baru dan ramai yang sudah biasa dengan pengacara sebelum ini.

“Bagi saya masing-masing mempunyai cara tersendiri dan berbeza. Saya faham sukar untuk kita memuaskan hati semua penonton rancangan tersebut,” jelasnya yang kini sedang melakukan rakaman Nona di Ipoh, Perak.

Tambah Vanidah lagi, dia masih lagi dalam proses pembelajaran dan akan memperbaiki lagi mutu penyampaiannya dari semasa ke semasa.

“Setiap episod saya sudah cuba yang terbaik dan buat yang lebih baik lagi untuk episod seterusnya, bagi saya itu adalah satu proses pembelajaran,” katanya yang baru sahaja digemparkan dengan kontroversi tidak benar berhubung penceraian baru-baru ini.

sumber : www.mstar.com.my

Wednesday, November 10, 2010

Vanidah sah hos Nona

MARILYN ingin mengucapkan tahniah buat ibu dan isteri jelita, Vanidah Imran. Bukannya apa, Marilyn tumpang gembira dengan pencapaian figura yang cukup dikenali dengan nama ringkas Vee ini.

Selain memiliki karier seni yang mantap, rumah tangga yang aman damai dan bahagia bersama suami dan anak-anak, laris pulak tu sebagai pelakon iklan, terbaru Vee sah menjadi hos baru program TV3, Nona menggantikan hos sebelum ini, Maya Karin. Marilyn dapat tahu pun apabila membaca ucapan tahniah daripada rakan-rakan Vee di Twitter Vee.

Sudah pasti Vee akan menghadapi cabaran untuk menaikkan rating program itu yang sebelum ini merupakan antara program paling popular di TV3 itu. Tapi Marilyn yakin dengan karisma yang ada pada diri Vee, dia akan berjaya.

sumber : www.kosmo.com.my

Wednesday, November 3, 2010

Vanidah Sahkan Dapat Tawaran Gantikan Maya

PETALING JAYA: Pelakon Vanida Imran mengesahkan telah menjalani latihan percubaan di hadapan kemera bagi melayakkannya dipilih sebagai pengacara baru rancangan Nona bagi menggantikan Maya Karin.

Menurut Vanida, latihan tersebut telah dilakukan pada bulan lalu bersama beberapa personaliti dalaman stesen televisyen, TV3.

Bagaimanapun, tambahnya, ia bukan jaminan untuk dia diambil sebagai pengacara baru Nona kerana latihan itu sebagai penilaian pihak stesen televisyen tersebut.

“Saya sudah pergi membuat latihan percubaan untuk pemilihan pengacara baru Nona, namun ia bukanlah bermakna saya dipilih. Ketika itu ada beberapa orang lagi personaliti dalaman TV3.

“Percubaan tersebut adalah untuk memudahkan TV3 mengenal pasti siapa yang paling layak mengacarakan rancangan tersebut pada tahun hadapan,” ujar Vanida ketika dihubungi mStar Online.

Jelas Vanida, setakat ini dia belum menerima apa-apa maklum balas daripada pihak TV3 tentang status tawaran tersebut.

“Saya tidak mahu komen lebih-lebih sebab saya juga masih belum dapat panggilan dari pihak TV3 lagi.

“Mungkin juga pihak TV3 akan bertukar fikiran untuk kembali kepada format dahulu dan mengambil personaliti dalaman mereka selepas rating yang dikatakan jatuh ini,” katanya.

Dalam pada itu, ketika ditanya tentang persediaannya jika terpilih memandangkan sebelum ini Maya dikatakan gagal mempertahankan rating rancangan itu, Vanida memberitahu dia akan mencuba yang terbaik.

“Jika diberi peluang saya akan ambil dan buat yang terbaik. Saya dan Maya Karin mempunyai latar belakang berbeza sudah tentu cara kami juga berlainan.

“Saya mempunyai kelebihan sendiri dan Maya ada kelebihannya sendiri. Namun bergantung kepada pihak TV3 untuk menilai dan menentukan apa yang mereka cari kali ini,” katanya.

Sebelum ini, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad, Datuk Seri Farid Ridzuan menyebut Vanidah Imran antara yang tersenarai untuk dipilih sebagai Nona menggantikan Maya Karin bagi musim 2011.

Maya dalam kenyataannya sebelum ini berkata kejatuhan rating Nona bukan berpunca daripadanya seorang tetapi banyak perkara mempengaruhi rancangan itu termasuklah soal pengisian.

sumber : www.kosmo.com.my

free counters

My Blog List

Archive

Labels

 

sharing is caring | Creative Commons Attribution- Noncommercial License | Dandy Dandilion Designed by Simply Fabulous Blogger Templates