PETALING JAYA: Pelakon dan pelawak, Nabil Ahmad terpaksa akur dan menerima keputusan Irma Hasmie, untuk memutuskan hubungan cinta mereka yang telah terjalin sejak dua tahun lalu. Menurut Nabil, dia terpaksa mengikut kata Irma seperti mana pendedahannya dalam sebuah akhbar mingguan Ahad lalu yang enggan memulihkan semula hubungan mereka. "Jika sebelum ini saya tidak mengaku kami berpisah, kini saya ingin katakan yang saya sudah solo. Mungkin sebelum ini saya terlalu leka dengan pemberian Allah S.W.T yang telah memberi kesenangan hidup, seorang kekasih yang cantik dan kerjaya yang bagus. "Setakat ini, tiada perancangan lagi untuk pulihkan hubungan kami. Saya cuma ingin memperbaiki diri saya dahulu, barulah saya baiki hubungan kami jika Tuhan izinkan. Lagipun dia dah kata tak mahu saya lagi. "Benda ini satu pengajaran buat saya. Mungkin selama ini saya lalai. Apa-apa pun, saya anggap perkara ini ada hikmahnya. Walaupun sekarang fikiran saya sedang serabut, saya perlu berfikir secara positif dan selesaikannya secara perlahan-lahan. Saya percaya ada orang lagi besar dugaannya berbanding diri saya," tuturnya ketika dihubungi mStar Online di sini, Selasa. Dengan nada suara agak kesal atas kejadian yang berlaku, Nabil berkata sebenarnya dia telah membuat persiapan kahwin sedikit demi sedikit untuk menempuh hari bahagia mereka yang dijangka pada tahun 2012 itu. "Kita hanya mampu merancang tapi Tuhan saja yang menentukan. Begitu juga dengan saya, beberapa persiapan kahwin dah pun dibuat sikit-sikit. Mana tahu satu hari nanti jodoh kami masih ada. Tapi, andaikan Irma telah berjumpa dengan lelaki yang lebih baik, saya tidak kisah. "Apa-apa pun yang sedang saya hadapi, kerjaya akan menjadi keutamaan saya dan saya perlu fokus dan kawal emosi saya tanpa mengganggu kerjaya saya sehingga menyusahkan orang lain," katanya yang sedang sibuk dengan penggambaran filem Bujang Terlajak arah Profesor Razak Mohaideen. Tambah Nabil, dia ingin menegaskan bahawa, gambar seorang wanita yang diambil bersamanya serta beberapa rakan lain yang tersebar di internet tidak ada kaitan langsung dengan masalahnya dengan Irma. Sebaliknya wanita itu merupakan kenalan baru Nabil. "Tak fasal-fasal, dia pula terkait dalam masalah kami. Saya harap, orang luar tidak mengaitkan dia lagi," tegasnya. Ditanya adakah Nabil masih lagi mencintai Irma, jawab Nabil: "Saya masih sayangkan dia. Rasanya, perasaan sayang masih lagi ada bagi pasangan yang baru lepas putus cinta. Hal ini merupakan satu masalah seperti yang turut berlaku kepada pasangan-pasangan lain. Tapi disebabkan kami dikenali, maka ia menjadi besar. "Saya ingin doakan sebuah kehidupan yang terbaik buat Irma. Saya tahu dia seorang wanita yang baik. Dulu, masa saya masih bersamanya, kalau ada apa-apa masalah, dia pasti akan berbincang dengan saya. Sekarang ini, saya harap dia ada kawan-kawan yang boleh berkongsi masalah. Kepada Irma, jagalah diri baik-baik,” kata Nabil. |
Wednesday, November 3, 2010
Mengaku Leka Nikmat Tuhan, Nabil Masih Cintakan Irma
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Popular Posts
- Gambar Siti Saerah, Adik Dato’ Siti Nurhaliza Kahwin
- Ashraf, Bunga dapat anak lelaki
- Ekin mohon bukti dimadu oleh Mawi
- Gambar Irma Hasmie Pakai tudung
- Jimmy sms kepada ibu mertua
- Farah AF2 tunang hari ini
- Keajaiban Besar Perkahwinan Raja Farah-Megat Bashirun
- Zizan raja lawak nafi cintai Diana
- Kashaf Imani Lakonan Hebat Beto Kusyairy & Sharifah Amani
- Gambar kahwin SM Nasarudin & Marion Counter
My Blog List
-
-
-
-
4 Top Hostels in Kuta and Seminyak, Bali5 years ago
-
Lima Belas Minit5 years ago
-
My Second Labor Story6 years ago
-
Nenek Bibah6 years ago
-
-
Another blank diary7 years ago
-
Dah besar dah7 years ago
-
-
-
oh. baru ku tahu erti rindu :)8 years ago
-
-
Blog Dah Bersawang9 years ago
-
-
-
Pasal Toujours Advanced Collagen Shots9 years ago
-
Terima Kasih Allah10 years ago
-
-
I HAVE MOVED10 years ago
-
2014!!!11 years ago
-
For your info !11 years ago
-
kontradiksi11 years ago
-
Ohh My Gas! Eskrim11 years ago
-
the pain is glory12 years ago
-
November dah datang. Yeayyyyy !13 years ago
-
Photoshoot majalah SANTAI13 years ago
-
-
-
-
-
-
-
-
-
0 comments:
Post a Comment