Sebahagian besar intipati adalah cadangan dan pandangan orang ramai: PM
KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak menjelaskan Bajet 2011 yang akan dibentangkannya petang ini, mengambil kira pandangan rakyat kerana sebahagian besar intipatinya adalah cadangan dan pandangan orang ramai.
Sambil menyifatkannya sebagai ‘bajet oleh rakyat’, Perdana Menteri berkata, perkara berkaitan pekerjaan terutama pelaksanaan gaji minimum, cukai dan subsidi, kualiti dan kos pendidikan serta menaikkan taraf perkhidmatan internet dan jalur lebar adalah antara topik yang dibangkitkan.
“Ada juga permintaan untuk peningkatan insentif kepada mereka yang kurang bernasib baik, kawalan ke atas harga barangan pengguna, peningkatan pembangunan di kawasan pedalaman bagi menarik peluang komersial kepada golongan muda, insentif untuk pembangunan teknologi hijau, peningkatan peruntukan untuk keselamatan negara dan program mengatasi pendatang tanpa izin,” katanya.
Dalam laman blognya, semalam, Najib berkata, lebih 1,000 pandangan untuk Bajet 2011 diperoleh dalam tempoh kurang dua minggu menerusi laman blognya.
“Matlamat bajet ini adalah untuk menetapkan rentak mentransformasikan Malaysia supaya menjadi sebuah negara maju dengan ekonomi berpendapatan tinggi menjelang 2020.
“Saya sendiri membaca semua pandangan ini dan mengemukakan sebahagian besar daripadanya kepada Kementerian Kewangan untuk penelitian lanjut dan kemungkinan menggabungkannya dalam bajet atau program kerajaan yang lain.
“Malah, pejabat saya dan saya sendiri mengkaji pandangan ini dan merancang untuk meneliti dengan lebih mendalam cadangan yang berdaya maju untuk dilaksanakan, tanpa mengira sama ada dimasukkan ke dalam Belanjawan atau pun tidak,” katanya.
Sementara itu, ahli ekonomi menjangka selain terus memberi tumpuan terhadap kesejahteraan rakyat, Bajet 2011 juga akan menggariskan strategi transformasi ekonomi negara dan memastikan pertumbuhan terus kukuh pada kadar lebih enam peratus tahun depan bagi menghadapi risiko kelembapan ekonomi global.
Susulan itu, bajet berkenaan dijangka memberi tumpuan terhadap usaha meningkatkan permintaan domestik, yang antara lain membabitkan pelaksanaan projek berimpak tinggi yang memberi kesan gandaan kepada ekonomi.
Ahli ekonomi OCBC Bank, Gundy Cahyadi, berkata antara projek yang dijangka bakal disegerakan termasuk projek sistem transit pantas (MRT) di bawah Greater KL yang dianggar bernilai RM50 bilion dalam tempoh 10 tahun akan datang.
"Kami menjangka kerajaan akan memulakan projek itu dari 2011, walaupun belum dapat dipastikan jumlahnya akan dibentangkan dalam cadangan Bajet 2011," katanya.
Seorang ahli ekonomi yang enggan dikenali juga tidak menolak kemungkinan kerajaan akan memberi bonus sebulan gaji atau sekurang-kurangnya sagu hati RM1,000 kepada kakitangan awam.
Pengarah Eksekutif PWC Malaysia, Farah Rosley, pula menjangka kerajaan akan memansuhkan duti setem atau potongan cukai bagi faedah pembelian rumah pertama bagi meningkatkan pemilikan rumah di kalangan rakyat dan pada masa sama merangsang sektor pembinaan.
Bagi meningkatkan kesejahteraan rakyat, tumpuan juga akan diberi dalam sektor kesihatan, pengangkutan awam, pendidikan dan keselamatan.
Seorang penganalisis berkata, antara lain kerajaan dijangka mengumumkan penstrukturan semula perjanjian konsesi tol PLUS Expresway Bhd pada bajet kali ini yang mungkin menyaksikan kadar tol di beberapa laluan dikurangkan.
Kaunter pengendali konsesi lebuh raya itu digantung urus niaganya di Bursa Malaysia semalam dan hari ini.
Turut dijangka diumumkan adalah liberalisasi seterusnya dalam beberapa subsektor perkhidmatan, antaranya borong dan runcit; telekomunikasi dan perkhidmatan kewangan.
Mengenai subsidi, mereka berpendapat kerajaan tidak akan mengumumkan sebarang pembatalan subsidi dalam Bajet 2011. Cukai rokok dan tembakau serta minuman keras pula dijangka dinaikkan.
sumber : www.bharian.com.my
Thursday, October 14, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Popular Posts
- Gambar Siti Saerah, Adik Dato’ Siti Nurhaliza Kahwin
- Ashraf, Bunga dapat anak lelaki
- Ekin mohon bukti dimadu oleh Mawi
- Gambar Irma Hasmie Pakai tudung
- Jimmy sms kepada ibu mertua
- Farah AF2 tunang hari ini
- Keajaiban Besar Perkahwinan Raja Farah-Megat Bashirun
- Zizan raja lawak nafi cintai Diana
- Kashaf Imani Lakonan Hebat Beto Kusyairy & Sharifah Amani
- Gambar kahwin SM Nasarudin & Marion Counter
My Blog List
-
-
Manusia1 month ago
-
-
-
4 Top Hostels in Kuta and Seminyak, Bali6 years ago
-
My Second Labor Story7 years ago
-
Nenek Bibah7 years ago
-
-
Another blank diary8 years ago
-
Dah besar dah8 years ago
-
-
-
oh. baru ku tahu erti rindu :)9 years ago
-
-
Blog Dah Bersawang10 years ago
-
-
-
Pasal Toujours Advanced Collagen Shots10 years ago
-
Terima Kasih Allah11 years ago
-
-
I HAVE MOVED11 years ago
-
2014!!!12 years ago
-
For your info !12 years ago
-
kontradiksi12 years ago
-
Ohh My Gas! Eskrim12 years ago
-
the pain is glory13 years ago
-
November dah datang. Yeayyyyy !14 years ago
-
Photoshoot majalah SANTAI14 years ago
-
-
-
-
-
-
-
-
-
0 comments:
Post a Comment