SEREMBAN – Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) memohon kerajaan mempertimbangkan pemberian bonus sebanyak dua bulan kepada kakitangan awam pada tahun ini.
Presidennya, Omar Osman (gambar) berkata, pihaknya berharap peruntukan tersebut akan diumumkan pada pembentangan Bajet 2011 pada Oktober ini.
“Kami sudah membuat permohonan rasmi kepada kerajaan dengan menghantar surat kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak beberapa bulan lalu dan diharap kerajaan dapat mempertimbangkannya,” katanya pada majlis Hari Raya Aidilfitri anjuran Persatuan Keluarga Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) di sini semalam.
Kata Omar, pemberian bonus itu mampu memberikan suntikan semangat selain meringankan beban 1.2 juta kakitangan awam di seluruh negara.
sumber : www.kosmo.com.my
0 comments:
Post a Comment