Abby Sanggup Bersumpah Norman Bohong
Sementara itu, Abby yang dihubungi berkata, dia geram bila Norman membuat kenyataan di sebuah akhbar yang menyatakan bahawa dia tidak berhutang apa-apa pun dengannya.
Dalam laman social Facebook Abby pula, pelakon itu sanggup bersumpah dengan nama Allah mengenai pembohongan yang dibuat oleh Norman Hakim.
Pelakon drama Marhabbah Delaila itu juga berkata, kenyataan Norman juga bercanggah berbanding kisah sebenar yang berlaku dan menganggap Norman dan Memey telah lama bersekongkol.
“Saya akui yang saya pernah bercakap dengan Memey meminta Norman membayar balik hutang-hutangnya kerana ini sahaja cara yang ada. Ini kerana saya gagal berkomunikasi secara baik dengan Norman.
“Sebab itu saya memberanikan diri mengeluarkan kenyataan tentang hal ini. Saya tahu, pastinya ada pihak akan mempertikaikan tindakan saya tetapi ini saja cara yang saya ada.
“Selepas saya membuat kenyataan, Norman ada menghantar SMS pada saya berunsur ugutan dan saya tak padam lagi mesej-mesej dia.
“Rasanya kalaulah dulu dia tak buat perangai dan menjadi suami dunia akhirat, saya percaya perkara ini tidak akan sampai ke tahap ini, tak dapat balik wang hantaran pun tak apa.
“Malah, jika saya tidak ada anak sekalipun, saya tak akan tuntut apa-apa. Tapi disebabkan anak-anak, saya akan tuntut hak saya demi mereka,” tegasnya.
Beritahu Abby lagi, Norman memang ada membelanjakan beberapa barangan untuk anak-anak tetapi secara ala kadar sahaja.
“Nak jenguk anak pun jarang-jarang, sedangkan dia perlu bertemu dengan anaknya dengan lebih kerap kerana itu merupakan tanggungjawabnya kepada anak-anak kami,” katanya yang akan memulakan penggambaran drama Gerak Khas, esok.
sumber : www.mstar.com.my
0 comments:
Post a Comment